KOZLOWSKI membuka sejarah baru dalam skuad kebangsaan Poland
KOZLOWSKI membuka sejarah baru dalam skuad kebangsaan Poland
Agensi

Saint Petersburg, Russia: Pada usia 17 tahun 246 hari, Kacper Kozlowski menjadi pemain termuda beraksi di Euro 2020 ketika diturunkan buat kali pertama dalam perlawanan Poland menentang Sepanyol.

Namun memecahkan rekod sebagai pemain termuda bukan perkara baru buat Kozlowski.

Pemain tengah itu turut beraksi buat kali pertama bersama barisan utama Poland pada Mei 2019, lima bulan sebelum dia berusia 16 tahun.

Perkara itu menjadikan dia pemain termuda dalam kelab Pogon Szczecin tampil dalam divisyen utama ketika menentang Ekstraklasa.

Kozlowski membuka sejarah baru dalam skuad kebangsaan Poland sebelum Euro bermula.

Pada 28 Mac tahun ini, dia membuat penampilan antarabangsa di peringkat senior pada usia 17 tahun 163 hari

Hanya legenda Wlodzimierz Lubanski, penjaring terbanyak sepanjang zaman Poland, pemain kedua termuda Poland yang membuat penampilan pertama pada usia 16 tahun 188 hari.

"Sudah tentu dalam beberapa perkara ia berada seperti satu perasaan yang hebat dapat bermain bersama skuad kebangsaan dalam usia yang muda. Berpeluang bermain beberapa minit di Euro.

"Tapi, sikap saya tidak pernah berubah dan saya akan berusia bermain lebih banyak untuk pasukan kebangsaan," kata Kozlowski.

Kozlowski sudah lama dianggap sebagai pemain muda terhebat tapi ramai yang terkejut ketika Paulo Sousa memilihnya untuk disenaraikan dalam skuad Euro.

"Jurulatih hanya memberi tahu saya untuk saya bermain cara saya, terus bermain bola dan jangan takut mengambil risiko," katanya.

Media Poland mengatakan bahawa Kozlowski sebagai pemain yang matang.

"Secara peribadi bagi saya, lebih baik bermain menentang pasukan yang baik yang lebih suka bermain permainan yang lebih terbuka dan lebih mahir secara teknikal," katanya.

Kematangannya di padang sukar untuk dinafikan biarpun dia berdepan masa yang sukar selepas mengalami kemalangan kereta pada Januari 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 10:06 AM