LAMINE Yamal (kiri) memanaskan badan sebelum bertemu Croatia. FOTO REUTERS
LAMINE Yamal (kiri) memanaskan badan sebelum bertemu Croatia. FOTO REUTERS
AFP

Berlin: Lamine Yamal akan menjadi pemain termuda yang pernah tampil di Kejohanan Eropah selepas jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente memilihnya untuk beraksi pada perlawanan pertama menentang Croatia sebentar lagi.

Pemain sayap Barcelona berusia 16 tahun dan 338 hari itu, akan mengatasi rekod pemain antarabangsa Poland, Kacper Kozlowski, yang bermain di Euro 2020 pada usia 17 tahun dan 246 hari.

Jika Yamal menjaringkan gol semasa saingan di Jerman, dia akan memecahkan rekod penjaring gol termuda di Euro, yang dipegang oleh Johan Vonlanthen ketika Switzerland menentang Perancis pada tahun 2004.

Yamal melalui musim yang hebat di Barcelona selepas membuat penampilan sulung dengan gergasi Catalan itu pada usia 15 tahun, musim lalu.

De la Fuente memberikan Yamal penampilan sulungnya bersama Sepanyol pada September tahun lalu di mana dia menjadi pemain dan penjaring gol termuda negara itu menentang Georgia dalam kelayakan Euro 2024.

Yamal belum lahir ketika kapten Croatia, Luka Modric, 38, membuat penampilan sulungnya dalam kejohanan utama di Piala Dunia 2006 di Jerman.

"Apabila saya mendengar perkara seperti itu, saya rasa sangat tua," seloroh Modric.

"Semua orang akan melihatnya sebagai aset berharga untuk Sepanyol, dia mempunyai potensi besar dan kerjaya yang cemerlang pada masa depan," katanya lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 11:02 PM