CHIELLINI hormati England. FOTO Agensi
CHIELLINI hormati England. FOTO Agensi
Agensi

London: Giorgio Chiellini menamakan England sebagai 'calon serius' untuk memenangi Euro sejak daripada permulaan kejohanan.

Dia merasakan bahawa pasukan Gareth Southgate mempunyai 'kualiti dan fizikal' untuk pergi jauh walaupun mengatakan mereka 'bukan satu yang mudah di mata'.

Walaupun begitu, Chiellini menegaskan bahawa Itali tidak akan 'takut' dengan Three Lion apabila mereka menentang antara satu sama lain di final dan mendakwa ia akan menjadi 'perlawanan bola sepak terhebat.'

Bercakap menjelang final Euro 2020 awal pagi Isnin ini, Chiellini berkata: "Kami rasa kami akan berdepan Perancis daripada Sepanyol di separuh akhir kerana mereka adalah pilihan utama, mereka mempunyai semua kualiti yang diperlukan dan mempunyai pengalaman antarabangsa.

"Saya fikir Perancis selangkah lebih tinggi dari yang lain, jadi saya menganggap jalan menuju ke final mungkin babitkan Belgium, Perancis dan England.

"Saya kemudiannya merasakan England adalah calon yang sesuai untuk menang Euro. Mereka mempunyai kualiti dan fizikal terbaik dan teratur. Mereka mungkin tidak mudah di pandang tapi mereka sukar untuk dikalahkan.

"Mereka mara ke separuh akhir di Piala Dunia termasuk mara ke final Euro ketika mereka bermain enam dari tujuh perlawanan di tempat sendiri.

Dia juga memuji kapten England, Harry Kane, mengatakan penyerang Tottenham sentiasa menjadi pemain yang dia inginkan.

Chiellini berkata: "Kane adalah pemain yang selalu saya gemari.

"Saya masih ingat antara penampilan pertamanya di pentas antarabangsa di Turin dan dia memberi satu pandangan yang baik. Saya mengenal dia dengan baik.

Itali mara menuju ke perlawanan akhir dengan penuh keyakinan - dengan mencatatkan 32 kemenangan yang luar biasa tanpa kalah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 11:46 AM