PENGARAH filem, Ahmad Idham Nadzri. FOTO Rohanis Shukri
PENGARAH filem, Ahmad Idham Nadzri. FOTO Rohanis Shukri
Cik Pang

BUKAN main bengang pengasas Pusat Pendidikan Khas Eden Firdaus, Ahmad Idham Nadzri dengan tindakan beberapa pihak cuba menyekat usahanya untuk memberi kemudahan selesa kepada anak-anak istimewa di sekolahnya.

Melalui laman Twitter miliknya, pengarah filem itu mendakwa ada pihak cuba memotong dana yang sebelum ini pernah diterimanya daripada kerajaan negeri Selangor.

Antara luahan pengarah itu dalam laman sosial adalah pihak terbabit didakwa memotong lebih 50 peratus daripada dana berkaitan.

Disebabkan situasi itu, dia dipercayai terpaksa mengambil keputusan melepaskan beberapa anak istimewa yang kurang berkemampuan dan berpotensi daripada terus mengikuti pengajian di sekolahnya.

Dia turut dilihat mempersoalkan kenapa dana terbaru yang diumumkan oleh pihak terbabit sebelum ini hanya diberikan kepada persatuan.

Dakwanya, padahal dana itu akhirnya hanya digunakan untuk kos pengurusan persatuan, bukan diberikan semula kepada anak istimewa melalui pendidikan.

Banyak juga luahan pengarah itu mengenai ketidakadilan yang terpaksa dilalui tetapi malangnya sehingga kini tidak ada tindakan diambil daripada pihak berwajib.

Cik Pang sendiri pun rasa kesal kerana setahu Cik Pang, sekolah khasnya banyak membantu anak-anak istimewa selama ini.

Cik Pang cuma berharap isu ini dapat ditangani dengan profesional oleh pihak berkaitan. Janganlah sebab perbezaan politik, pendidikan anak-anak istimewa diabaikan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Ogos 2018 @ 2:28 AM