O’CONNOR berpenampilan dan memiliki suara persis Turner.
O’CONNOR berpenampilan dan memiliki suara persis Turner.
Affan Rostam


PERSEMBAHAN penyanyi kelahiran Ireland, Rebecca O'Connor yang membawa semangat bintang legenda, Tina Turner pada Konsert Simply The Best: Celebrating Tina Turner di Zepp Kuala Lumpur antara 11 hingga 13 Julai lalu meninggalkan memori berharga buat peminat.

O'Connor yang berpenampilan dan memiliki suara persis

Turner dilihat sebagai 'jelmaan' kepada penyanyi berkenaan dalam menyampaikan persembahan, sekali gus mengubat kerinduan ramai terhadap bintang jolokan 'Queen of Rock & Roll' yang meninggal dunia pada 24 Mei tahun lalu.

Zepp Kuala Lumpur bergema dengan lagu 'hits' daripada Turner yang dibawa dengan penuh bersemangat oleh O'Connor sehingga menjadikan persembahan pada tiga malam itu cukup menggembirakan dan memikat penonton.

O'Connor adalah satu-satunya artis mendapat sokongan Turner, malah pernah diberi pengisytiharan sebagai 'Rebecca yang bagus dan menakutkan' diberikan oleh bintang legenda itu.

Penyampaian lagu Turner disampaikan sempurna oleh O'Connor sememangnya menakjubkan, sekali gus membawa peminat bangkit dalam suasana kegembiraan dan nostalgia.

Ketika persembahan, O'Connor memancarkan tenaga tidak terbatas dengan menata rambut persis Turner sambil mengenakan gincu merah yang diketahui sebagai imej ikonik bintang legenda itu.

Dengan busana direka khas oleh pereka fesyen terkenal Malaysia, Datuk Tom Abang Saufi menambah kehangatan konsert berkenaan, malah kehadiran O'Connor juga kelihatan menawan.

TURNER meninggal dunia pada 24 Mei tahun lalu pada usia 83 tahun.
TURNER meninggal dunia pada 24 Mei tahun lalu pada usia 83 tahun.

Penyampaian lagu klasik daripada O'Connor dengan sempurna seperti What's Love Got To Do With It, Private Dancer dan Simply The Best sememangnya menakjubkan, malah membawa peminat mengimbau nostalgia yang pernah dibukukan mendiang Turner.

O'Connor tampil dengan kumpulan pemuzik dan penari bagi menyampaikan persembahan cemerlang sepanjang konsert berlangsung selama 90 minit.

Konsert berkenaan dibahagikan kepada dua segmen, penonton dapat menyanyi dan menari dengan persembahan bertenaga ketika lagu seperti Nutbush City Limits, Proud Mary, River Deep Mountain High dan banyak lagi dinyanyikan O'Connor.

SATU-satunya artis mendapat sokongan Turner, malah pernah diberi pengisytiharan sebagai 'Rebecca yang bagus dan menakutkan'.
SATU-satunya artis mendapat sokongan Turner, malah pernah diberi pengisytiharan sebagai 'Rebecca yang bagus dan menakutkan'.

Terdahulu, sebelum konsert bermula, penonton dihidangkan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi Kayda Aziz yang mempersembahkan lagu Call On Me.

Kayda juga bekerjasama dengan ibunya, Datuk Sheila Majid dan penyanyi lain seperti Altimet, Yuka Kharisma, KRU dan Hunny Madu.

Persembahan O'Connor pada konsert dibawakan Milestone Production Sdn Bhd itu sememangnya menggembirakan apabila mempamerkan vokal yang baik dan tenaga luar biasa.

Turner terkenal dengan lagu What's Love Got to Do With It, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Kusnacht, Zurich, Switzerland akibat penyakit dideritai pada 24 Mei tahun lalu.

Pada 2016, Turner dilaporkan pernah menghidap kanser usus dan menjalani pemindahan buah pinggang pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Julai 2024 @ 6:30 AM