RANVEER Singh
RANVEER Singh
Najiy Jefri

[email protected].

Ranveer Singh mendedahkan dia seorang yang suka bercakap merepek dan perkara itu sukar dikawal.

Menurut pelakon ini, dia sukar mengawal dirinya daripada terus membebel.

“Saya memang suka cakap perkara merepek walaupun ketika menghadiri majlis formal.

“Saya tidak tahu kenapa susah nak kawal mulut ini daripada berhenti bercakap,” katanya sambil ketawa kepada pemberita.

Ranveer yang kini digelar antara pelakon tersohor Bollywood selepas kejayaan filem terbarunya, Padmaavat berkata, dia bersyukur filem itu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat seluruh dunia.

“Padmaavat adalah karya unik yang merangkumi segala-galanya termasuk pujian daripada pengkritik, kejayaan komersial dan keyakinan penonton terhadap filem ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2018 @ 5:25 AM