RANVEER Singh
RANVEER Singh
Agensi

PELAKON Ranveer Singh, 35, bersikap matang dan positif apabila sanggup menulis komen pada foto dimuat naik isterinya, Deepika Padukone, 34, bersama bekas kekasih, Ranbir Kapoor ketika membintangi filem Yeh Jawaani Hai Deewani.

  Baru-baru ini, Deepika membuat perkongian fotonya bersama Ranbir di Instagram sempena meraikan ulang tahun ketujuh filem Yeh Jawaani Hai Deewani lakonan mereka yang berjaya melonjakkan nama masing-masing di persada industri hiburan Bollywood.

   Menerusi gandingan mantap dalam filem itu juga, Deepika dan Ranbir akhirnya bercinta. Namun, jodoh sebenarnya lebih kuat dengan suami, Ranveer yang dikahwini pada 2018.

   Bagaimanapun, Ranveer yang tak menafikan aksi hebat isterinya yang sangat serasi berlakon di sisi Ranbir bertindak menulis komen ringkas mengenai foto berkenaan.

  Komen ringkas, "Cuuuute (comel)" ditulis Ranveer pada hantaran foto  yang menerima lebih 1.5 juta tanda 'suka' dan lebih 15,900 komen daripada pengikut Instagram Deepika.

   Malah, ramai juga memuji sikap Ranveer yang profesional, matang dan positif  kerana dilihat tidak cemburu meskipun kepsyen ditulis isterinya, "Uji penampilan pertama kami ... 'Yaadein mithai ke dibbe ki tarah hoti hain ... Ek baar khula, toh sirf ek tukda nahi kha paoge'-Naina Talwar", pada foto berkenaan

    Sementara itu, penerbit filem, Karan Johar juga tidak ketinggalan berkongsi petikan video daripada karya bergenre komedi romantik itu di media sosialnya. "Sudah 7 tahun sejak kumpulan sekawan ini memasuki kehidupan kita dan mengajar kita semua tentang persahabatan dan cinta. Sebuah filem masih begitu relevan untuk semua generasi !!," tulisnya. 

  Diarahkan Ayan Mukerji, filem Yeh Jawaani Hai Deewani yang turut dibintangi Kalki Koechlin dan Aditya Roy Kapur itu berjaya mencatat kutipan pecah panggung paling hebat untuk filem Bollywood di seluruh dunia pada 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 1:04 PM