JALAN cerita beri gambaran buruk terhadap Islam.
JALAN cerita beri gambaran buruk terhadap Islam.
Najiey Jefri

najiy@[email protected]

Penantian segelintir rakyat Malaysia yang tidak sabar mahu menonton filem Padmaavat akhirnya terkubur apabila karya arahan Sanjay Leela Bhansali itu tidak dibenarkan ditayangkan di negara ini kerana menyentuh sensitiviti agama Islam.

Dalam kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini, Lembaga Penapis Filem (LPF) memutuskan tidak meluluskan tayangan filem mega itu kerana jalan ceritanya memberikan gambaran buruk terhadap Islam.

“Keputusan LPF itu turut dikekalkan Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lalu berikutan rayuan yang dikemukakan syarikat pengedar filem terbabit.

“JKRF bersetuju mengekalkan keputusan LPF untuk tidak membenarkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT),” kata wakil KDN.

Terdahulu, Padmaavat turut mencetuskan kekecohan di India apabila satu rusuhan besar-besaran berlaku sebagai bantahan terhadap tayangan filem itu.

Malah pengarah dan bintang utamanya turut menerima ancaman bunuh daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Februari 2018 @ 4:26 AM