Nurul Izzah ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan petang ini. - Foto MOHD FADLY SAMSUDIN
Nurul Izzah ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi keterangan petang ini. - Foto MOHD FADLY SAMSUDIN
Oleh Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 3 petang tadi, mengenai beliau mengunjungi Jacel Kiram.

Beliau yang hadir bersama peguamnya R Sivarasa dilihat masuk untuk bertemu pegawai penyiasat pada jam 3.35 petang.

Nurul Izzah ketika ditemui berkata, beliau sedia memberi kerjasama untuk memperjelaskan pertemuannya debgan Jacel Kiram.

“Saya sudah menyatakan kekesalan susulan kunjungan itu sehingga menyebabkan kemarahan dan kesedihan terutama kepada keluarga mangsa tragedi pencerobohan Lahad Datu serta seluruh rakyat Sabah.

"Saya juga sudah jelaskan program makan malam yang saya hadiri itu anjuran beberapa pihak di Filipina, termasuk Institut Demokrasi Asia," katanya.

Sementara itu, polis sudah menetapkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Foto pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dimuat naik anak bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III itu pada 9 November melalui akaun Facebooknya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2015 @ 4:25 PM