NURUL Izzah Anwar. FOTO arkib NSTP Roslin Mat Tahir
NURUL Izzah Anwar. FOTO arkib NSTP Roslin Mat Tahir
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Dewan Rakyat hari ini membentangkan usul untuk merujuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung pertemuannya dengan anak bekas ketua pengganas Sulu, Jacel H Kiram.

Usul berkenaan dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Antara lain, ia menyebut bahawa tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang mencabar kedaulatan negara.

"Pertemuan Lembah Pantai dengan anak kepada dalang pencerobohan negara dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sumpah setia beliau kepada Malaysia.

"Pertemuan itu juga adalah suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat, sekali gus mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 1:14 PM