NURUL Izzah Anwar. FOTO arkib NSTP Shahrul Redzuan Zulkifli
NURUL Izzah Anwar. FOTO arkib NSTP Shahrul Redzuan Zulkifli
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


Kuala Lumpur: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk merujuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung pertemuannya dengan anak ketua pengganas Sulu, Jacel H Kiram.

Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian dengan 105 anggota Dewan Rakyat bersetuju manakala 77 lagi menolak.

Sebelum itu, usul berkenaan dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Antara lain, ia menyebut bahawa tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang mencabar kedaulatan negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2015 @ 1:42 PM