KHALID Abu Bakar. FOTO Khairunisah Lokman
KHALID Abu Bakar. FOTO Khairunisah Lokman
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Polis boleh memanggil Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bila-bila masa untuk menjalankan siasatan mengenai pertemuannya dengan puteri Jamalul Kiram III, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memantau perkembangan yang berlaku selepas kunjungan Ahli Parlimen terbabit ke atas 'puteri' sultan Sulu, Jacel Kiram yang tersebar di media sosial.

"Kita juga mahu tahu apa sebab dia mengadakan pertemuan sedangkan kita tahu yang bapanya adalah panglima yang mengetuai pencerobohan (Lahad Datu)," katanya ketika ditemui di Banda Hilir, di sini.

Khalid berkata, pihaknya juga boleh bertindak memanggil Ahli Parlimen terbabit untuk memberi keterangan tanpa memerlukan laporan dibuat oleh mana-mana pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 6:09 PM