‘IF DREAMS COME TRUE’ antara hasil tangan Sylvia yang turut menampilkan budaya peranakan dengan wanita berbaju kebaya.
‘IF DREAMS COME TRUE’ antara hasil tangan Sylvia yang turut menampilkan budaya peranakan dengan wanita berbaju kebaya.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Melukis bukanlah semata dari idea yang dikeluarkan di minda, malah melukis dari hati dan bagaimana seseorang itu mentafsir sesuatu untuk dilukiskan sebagai sesuatu yang memberi makna.

Artis yang berasal dari Pulau Pinang Sylvia Lee Goh menampilkan 50 karya bertemakan alam semula jadi, kehidupan dan potret himpunan dari tahun 1986 hingga 2014.

Menurut Sylvia, pameran berkenaan sebuah pameran yang begitu dekat de­ngan dirinya kerana setiap satu lukisan bererti dan memberi makna tersendiri serta ibarat anak buat diri–nya.

“Setiap lukisan yang dilukis harus memberi makna atau paling tidak memberi simbol makna kepada saya kerana ia penting supaya lukisan itu tidak mati dan tak hanya dipandang sebagai lukisan semata-mata,” katanya.

Tambahnya, pengunjung perlu melihat setiap lukisan lebih daripada sekadar cat dan kanvas, malah melihat lebih jauh dan ke dalam setiap seni itu.

Sylvia turut berkesempatan membawa penulis me–ngelilingi Galeri 2B di Balai Seni Visual Negara dan menerangkan makna tersirat beberapa hasil karyanya selepas meminta penulis mentafsir sendiri makna lukisan itu.

Salah satu lukisan yang menarik dan menampilkan warna yang terang bertajuk ‘Are You My Red Moon, Are You?’ adalah lukisan cukup bermakna kerana bulan merah yang terang itu memberi simbol sokongan moral dan ‘bulan merah’ adalah bapanya sendiri.

Kebanyakan lukisan terbaru Sylvia menggunakan medium cat akrilik dan kanvas manakala lakaran sebelum itu keba­nyakannya menggunakan cat minyak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 5:35 AM