Menjadi penyanyi yang sentiasa dinanti-nantikan persembahannya, penghibur jelita Ailee akhirnya merealisasikan impiannya tampil dengan konsert solo selepas tiga tahun menunggu.

Agensinya YMC Entertainment mengesahkan berita gembira itu baru-baru ini menerusi laman web rasmi mereka. Yang pasti, Ailee dikatakan sedang mempersiapkan diri­nya secara rapi untuk konsert itu.

Bukan saja bakal membawakan lagu-lagu hebat bahkan persembahannya nanti penuh dengan kejutan yang mana konsertnya akan berlangsung di Stadium Gimnastik Olimpik, Seoul pada 4 Julai nanti.

Penjualan tiket hanya akan mula dibuka pada 26 Mei nanti.

Ailee mula meledak dengan lagu-lagu hebat antaranya Heaven, I’ll Show You dan U & I selain cukup terkenal de­ngan vokal luar biasanya ketika membawakan lagu-lagu ‘cover’ terutamanya daripada Beyonce.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mei 2015 @ 10:56 AM