Anggota Brown Eyed Girls iaitu Narsha sempat berkongsi serba-sedikit kisah cintanya menerusi kenyataan di Instagram, baru-baru ini.

Kelmarin, dia mengejutkan peminat apabila mengumumkan sedang dilamun cinta.

Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah surat tulisan tangan yang dikongsikan di laman sosial itu.

Dalam mesej itu, Narsha turut berkata dia akan berkongsi dengan peminat sekiranya ada berita baik nanti.

Ia sekali gus mengukuhkan dakwaan Narsha bakal berkahwin.

Agensinya Mystic Entertainment turut mengesahkan mengenai berita itu dan Narsha dikatakan sedang intim dengan seorang ahli perniagaan seusia dengannya.

Bagaimanapun, spekulasi mengenai mereka bakal berkahwin masih belum ada sebarang pengesahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 11:29 AM