Apa sudah jadi dengan slot Diva yang ke udara dalam Nasional 1 setiap hari di TV1? Enam tahun bersiaran, tiba-tiba slot itu dihentikan?

Apa masalah sehingga hingga ia ditiadakan? Bukankah Diva penyeri yang menjadi antara daya penarik untuk orang ramai setia menonton Nasional 1?

Itu antara rungutan yang Sha dengar kebelakangan ini. Betul juga kata seorang teman, kalau asyik papar berita serius orang pun naik jemu. Lama-kelamaan penonton akan beralih ke stesen TV lain.

Setahu Sha, Diva diwujudkan pada 2009 dan sepanjang tempoh tiga bulan pertama bersiaran dalam Nasional 1 selama 15 minit, rating berita jam 1 naik mendadak. Perubahan positif itu menggembirakan pihak atasan lalu mencadangkan supaya wujudkan slot Diva berdurasi sete-ngah jam pada setiap Ahad, jam 12 tengah hari.

Ia berterusan hingga 2012 dan pada 2013 tiba-tiba diubah kepada Sabtu. Khabarnya, ada pihak iri hati dan berlaku perebutan waktu siaran. Walaupun hari siaran berubah, rating program itu naik.

Dan, pada pertengahan tahun ini, tiba-tiba slot Diva yang bersiaran setiap hari kecuali Sabtu dalam Nasional 1 'dihapuskan'. Bermakna Diva hanya bersiaran pada Sabtu untuk slot khas selama setengah jam.

Sha dapat tahu ada pihak kurang senang berita hiburan ada dalam Nasional 1 dan kerana itu Diva dimansuhkan. Pengisian Diva setiap Sabtu pun tangkap muat saja dan kurang menyengat berbanding dulu. Apa yang dipaparkan adalah sidang akhbar dan pelancaran album. Kenapa begitu?

Khabarnya, ramai juga kakitangan RTM hairan dengan ke-adaan itu. Ini kerana mereka sedia maklum kepentingan slot itu dalam Nasional 1.

Bukan itu saja, orang luar pun mengkritik stesyen berkenaan kerana tidak pandai menghargai produk yang bagus.

Kalau benar wujud anasir hasad dengki, sayanglah. Sepatutnya apabila apabila berada di bawah satu bumbung, tidak kira unit apa pun, mereka kena bersatu hati dan saling menyokong, bukan bersikap tidak profesional seperti itu.

Sayang sungguh!

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Disember 2014 @ 5:00 AM