EVENEPOEL beraksi dengan memakai jersi putih selaku pelumba muda terbaik keseluruhan. FOTO AFP
EVENEPOEL beraksi dengan memakai jersi putih selaku pelumba muda terbaik keseluruhan. FOTO AFP
Reuters

Grevey Chambertin: Pelumba Belgium, Remco Evenepoel meraih kemenangan pertamanya di Tour de France (TdF) apabila memenangi peringkat ketujuh.

Perlumbaan berkenaan berlangsung secara ujian masa individu sejauh 25.3 kilometer (km) dari Nuits-Saint-Georges.

Evenepoel yang membuat penampilan pertamanya mencatat masa 28 minit 52 saat (s) untuk menewaskan Tadej Pogacar dengan jurang 12s.

Pogacar dari Slovenia mempertahankan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.

Seorang lagi pelumba Slovenia, Primoz Roglic menduduki tempat ketiga, ketinggalan 34s di belakang Evenepoel dan tiga saat di hadapan juara bertahan, Jonas Vingegaard yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Secara keseluruhan, Pogacar mengatasi Evenepoel dengan jurang 33s dan Vingegaard dari Denmark pula ketinggalan 1:15s saat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2024 @ 12:33 AM