Seperti jilat ludah sendiri, SS kasihan benar dengan nasib seorang pelakon ini apabila dirinya dikatakan semakin hilang arah. Apa taknya, perubahan dirinya yang memang sukar diduga sering membuatkan orang di sekelilingnya naik meluat dengan gayanya.

SS pun perhatikan saja dia selama ini yang memang tidak dinafikan mempunyai pesona sendiri. Lantas, kelebihan itu dipergunakannya untuk mengaut lebih kawan tapi nanti akhirnya hanya bertahan sekejap saja.

Seperti juga yang dilakukannya terhadap seorang temannya apabila tidak lama dulu bukan main intim lagi dengannya. Ibaratnya, setiap masa kena berkepit dan tidak lengkap jika seorang tidak ada pada setiap sesi lepak mereka.

Bagaimanapun, keintiman itu nampaknya tidak berpanjangan apabila secara mendadak tiba-tiba hubungan mereka dingin. Tiada lagi kelibat mereka berkepit ke mana-mana bahkan ada yang siap bertanyakan mengenai hal itu.

Seperti biasa pelakon itu 'main wayang' dan mulalah memberi alasan yang semestinya untuk memberi gambaran seakan tiada masalah antara mereka. SS pun tak mahulah berprasangka, tapi khabarnya memang ada sesuatu berlaku antara mereka.

Sehinggalah baru-baru ini, dengarnya tiba-tiba pelakon berkenaan menunjukkan tanda mahu berbaik semula dengan kawannya itu. Hal itu terbukti apabila dia menambah rakannya itu dalam senarai laman sosialnya.

Apa cerita? Takkan sebelum ini sewaktu hubungan mereka bak belangkas dia tidak langsung memasukkan kawannya itu dalam senarai rakan laman sosialnya? Ternyata pasti ada sebab dia mahu kembali baik dan mencari semula kawannya itu.

SS: Tak suka mempergunakan kawan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 November 2014 @ 5:00 AM