KANAK-kanakJar enam tahun cedera tersepit eskalator. FOTO Bomba
KANAK-kanakJar enam tahun cedera tersepit eskalator. FOTO Bomba
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa menahan sakit hampir setengah jam apabila jari tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di Plaza Juta, Likas, di sini, malam ini.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.50 malam.

Katanya sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi bagi membantu mangsa.

"Jari kanak-kanak itu dikeluarkan menggunakan peralatan khas (L-Key).

"Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 10:19 PM