KHIDMAT Salah tetap ditagih Liverpool.
KHIDMAT Salah tetap ditagih Liverpool.
Agensi

London: Keputusan Mohamed Salah untuk tidak beraksi bersama Mesir di Sukan Olimpik adalah kejayaan awal buat pengurus baharu Liverpool Arne Slot.

Pengurus skuad Olimpik Mesir Rugero Micali berharap Salah dapat bersama skuadnya di Paris sebagai antara tiga pemain berusia lebih 23 tahun yang dibenarkan untuk setiap pasukan.

Namun Salah bakal terlepas hampir keseluruhan aksi pra musim Liverpool termasuk jelajah Amerika Syarikat (AS) jika dia enggan menyertai kelabnya untuk bersama Mesir.

Salah, 32, yang kontraknya memasuki tahun terakhir di Liverpool akan melapor diri untuk sesi latihan pra musim hujung minggu ini dan akan beraksi penuh pada jelajah kelab di AS.

Liverpool akan menentang Real Betis di Pittsburgh pada 27 Julai, Arsenal di Philadelphia (31 Julai) dan Manchester United di South Carolina (3 Ogos).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 10:01 PM