ANNUAR Musa. Gambar kecil, K Devan. FOTO Nur Adibah Ahamd Izam dan Mohd Asri Saifuddin Mamat
ANNUAR Musa. Gambar kecil, K Devan. FOTO Nur Adibah Ahamd Izam dan Mohd Asri Saifuddin Mamat
Maiamalina Mohamed Amin


Kota Bharu: Pengganti K Devan selaku ketua jurulatih pasukan bolasepak Kelantan yang meletak jawatan, semalam akan diumumkan petang ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sudah mengenal pasti calon sesuai untuk galas tugas itu dan akan diumumkan dalam sidang media di Menara MARA, Kuala Lumpur kira-kira 4.45 petang.

Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Devan atas khidmat merencana skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) sejak awal musim.

"Devan meletak jawatan selepas berbincang dengan KAFA sejak beberapa minggu lalu. Kami mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.

"Devan seorang yang dedikasi dan jujur. Kedatangannya ke Kelantan dengan ikhlas mahu membantu dengan terma yang paling ringan.

"Beliau juga mengundur diri secara baik dan penuh hormat selepas secara peribadi merasakan sudah berusaha sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook, pagi ini.

Annuar berkata, Devan juga sudah menangguhkan hasratnya (meletak jawatan) beberapa kali bagi memberi peluang PQPTRW melakukan persiapan.

"Terima kasih Devan dan penggantinya akan diumum petang ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 10:45 AM