Penyanyi, Noraniza Idris ketika sidang media konsert dalam pertandingan Qalam di Hotel Ideas. FOTO AZIAH AZMEE
Penyanyi, Noraniza Idris ketika sidang media konsert dalam pertandingan Qalam di Hotel Ideas. FOTO AZIAH AZMEE
Ramlah Zainal

 

Kuala Lumpur: Penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris, 56, mengakui dia tidak bercadang untuk menjalani pembedahan bariatrik kerana tidak mendapat keizinan dari suaminya.

Kata Ratu Etnik Kreatif itu, berat badannya kini mencecah sebanyak 82 kilogram (kg) dan sudah sampai obesiti tahap satu.

 "Memang ada pihak yang mahu menjadi orang tengah untuk uruskan pembedahan itu tetapi suami pula tak benarkan.

"Justeru, saya perlu turunkan berat badan sebanyak 10 kg dengan mengamalkan rutin diet dan senaman yang sihat dalam tempoh tiga bulan sebagai persiapan Konsert dalam pertandingan, Qalam Noraniza Idris pada September depan," katanya kepada Harian Metro.

Noraniza ditemui pada sesi taklimat bersama media sempena Konsert dalam pertandingan, Qalam Noraniza Idris, baru-baru ini.

Mengenai konsert itu Noraniza memberitahu apa yang merisaukannya ialah bila berada di pentas kerana dirinya sudah selesa dengan kerja di sebalik tabir sebelum ini.

"Saya berasa resah dengan jadual gerak kerja yang disusun pengurusan Mind Order dalam tempoh tiga bulan ini.

"Saya berasa ada satu 'anxiety' apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan kerisauan itu sangat berlebihan," katanya.

Kata Noraniza lagi, pihak pengurusan juga mahu dia menitik-beratkan soal penampilan dengan berdiet dalam tempoh tiga bulan.

"Saya juga perlu kembali pada rutin dengan diet, buat senaman dan menghadiri kelas vokal untuk menyanyikan semula lagu yang sudah lama tak nyanyi.

"Saya juga diminta menyanyi sambil tersenyum dan macam- macam syarat diletakkan hingga menimbulkan kerisauan.

"Pengurusan juga mahu saya fokus peranan sebagai artis saja dan bukan fikir sebagai penganjur kerana ada pasukan yang akan buat untuk saya bermula hari ini,"katanya.

Ditanya rutinnya pula, kata Noraniza, dia juga memiliki 'coach' (jurulatih) yang menjaga aspek pemakanannya.

Konsert Qalam Noraniza Idris yang juga bersempena sambutan Hari Malaysia akan berlangsung pada 27 hingga 29 September nanti di Panggung Bangsawan, Melaka.

Ia anjuran Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 11:04 AM