ANGOTA Bomba mencari helikopter hilang di sepanjang Sungai Batang Lupar hingga Lingga. FOTO ihsan Bomba
ANGOTA Bomba mencari helikopter hilang di sepanjang Sungai Batang Lupar hingga Lingga. FOTO ihsan Bomba
ANGOTA Jabatan Bomba dan Penyelemat Sebuyau mula membuka pusat operasi di Jeti Feri Triso, bagi mencari helikopter yang hilang. FOTO Khairul Azry Bidin
ANGOTA Jabatan Bomba dan Penyelemat Sebuyau mula membuka pusat operasi di Jeti Feri Triso, bagi mencari helikopter yang hilang. FOTO Khairul Azry Bidin
Ekhwan Haque Fazlul Haque

 

Simunjan: Pasukan Bomba dan Penyelamat gerakkan tiga bot untuk operasi mencari helikopter hilang di sepanjang Sungai Batang Lupar hingga Lingga dalam jarak pencarian sejauh 10km.

Ketua Bomba Zon Samarahan, Azman Julaihi berkata, pihaknya sudah menggerakkan anggota untuk menyusuri Sungai Batang Lupar bagi mengesan helikopter berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini tiga lokasi tumpuan pencarian adalah di muara Sungai Batang Lupar, Sadong Jaya dan Samarahan.

"Kami masih belum menerima lokasi kedudukan sebenar helikopter berkenaan sebelum dilaporkan hilang namun pencarian tetap dimulakan.

"Bomba juga menggerakkan pasukan STORM, pasukan MUST dan unit menyelam dalam operasi ini," katanya ketika ditemui di Pusat Operasi di Jeti Feri Trisno, di sini, sebentat tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 8:23 AM