PENGENDALI Slovakia, Francesco Calzona (kiri). FOTO Agensi
PENGENDALI Slovakia, Francesco Calzona (kiri). FOTO Agensi
AFP

Gelsenkirchen, Jerman: Pengedali Slovakia, Francesco Calzona percaya England memiliki skuad terbaik di Euro 2024 menjelang pertemuan 16 terakhir awal pagi esok.

Anak didik Gareth Southgate muncul juara Kumpulan C biarpun hanya meledak dua gol dalam tiga aksi peringkat kumpulan.

Susulan itu, England dikritik hebat oleh peminat sendiri yang menyifatkan pemain beraksi di bawah tahap sebenar.

Bagaimanapun, Calzona beranggapan sebaliknya dengan melihat kehadiran pemain bertaraf bintang seperti Harry Kane, Jude Bellingham dan Phil Foden akan memberi masalah besar kepada pasukannya.

"Apabila England beraksi di tahap sebenar, amat sukar untuk mana-mana menewaskan mereka," katanya pada siding media praperlawanan.

"Kami perlu berwaspada kerana mereka memiliki himpunan pemain berkualiti. Pada saya, mereka mempunyai kelompok pemain yang terbaik pada saingan Euro kali ini," katanya.

Untuk rekod, Slovakia mara ke pusingan kalah mati selepas menewaskan Belgium 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan E sebelum tewas kepada Ukraine dengan 2-1.

Aksi terakhir berdepan Romania menyaksikan Slovakia berjaya mengikat lawan dengan 1-1 sekali gus meraih slot selaku empat pasukan ketiga terbaik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 2:35 AM