SERPIHAN helikopter yang ditemui. FOTO ihsan Bomba
SERPIHAN helikopter yang ditemui. FOTO ihsan Bomba
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Simunjan: Pasukan bomba kini sedang membuat penandaan di kawasan penemuan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar dekat Lingga, kira-kira 15 kilometer dari pusat operasi sementara di Jeti Feri Triso, Sebuyau.

Jurucakap bomba berkata, serpihan itu ditemui pasukan pencari pagi tadi namun keadaan air sungai pasang menyukarkan pengesahan objek berkenaan.

Katanya, ketua operasi sudah bergerak ke lokasi penemuan untuk melakukan pengesahan selepas air sungai sedikit surut.

Katanya, lokasi penemuan lebih mudah diakses menggunakan jalan sungai berbanding jalan darat namun keadaan air sungai menyukarkan sedikit operasi.

"Ketika serpihan ditemui, keadaan air sungai pasang dan sukar untuk membuat pengesahan.

"Serpihan kemungkinan akan dibawa ke Jeti Feri Triso dan perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 11:49 AM