UNIT Dron JPAM (dari kiri) LT Ahmad Ahahfikri Darus, Shaiful Zamri dan Mohd Affiq menerbangkan dron dalam usaha mencari mayat terakhir tragedi nahas helikopter di sekitar sungai Batang Lupar. FOTO Khairul Azry Bidin
UNIT Dron JPAM (dari kiri) LT Ahmad Ahahfikri Darus, Shaiful Zamri dan Mohd Affiq menerbangkan dron dalam usaha mencari mayat terakhir tragedi nahas helikopter di sekitar sungai Batang Lupar. FOTO Khairul Azry Bidin
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Sri Aman: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menggunakan sonar untuk mengesan mayat dan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar, pagi ini.

Pegawai Operasi Negeri Leftenan (PA) Madihi Habib berkata, sonar berkenaan sudah digerakkan ke lokasi pencarian jam 9 pagi tadi.

Beliau berkata, sonar berkenaan mampu mengesan objek di dasar sungai pada radius 30 meter persegi dengan kedalaman 200 meter.

"Teknik ini diharap dapat memberi pentunjuk positif dalam operasi mencari seorang lagi mangsa dan serpihan helikopter," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Dron JPAM Samarahan, Leftenan (PA) Ahmad Shahfikri berkata, dron yang digunakan akan membantu membuat tinjauan dari udara.

Katanya, dron jenis Inspire dan Phantom 4 itu akan dikendalikan dua pakar dari syarikat swasta yang bekerjasama dengan JPAM.

"Dron berkenaan boleh terbang selama 20 minit pada jarak ketinggian 400 meter dengan luas sehingga dua kilometer.

"Jika dron dapat mengesan objek yang mencurigakan, kita akan hantar pasukan pencari ke kawasan berkenaan bagi mengesahkan penemuan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mei 2016 @ 10:36 AM