ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelemat Sebuyau membawa mayat yang ditemui berhampiran serpihan helikopter yang hilang di Jeti Feri Triso, Sebuyau. FOTO Khairull Azry Bidin
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelemat Sebuyau membawa mayat yang ditemui berhampiran serpihan helikopter yang hilang di Jeti Feri Triso, Sebuyau. FOTO Khairull Azry Bidin
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Simunjan: Mayat pertama yang ditemui terdampar di tebing Sungai Batang Lupar berdekatan Pulau Suduku, di sini, tengah hari tadi, dalam keadaan sempurna.

Ketua Operasi Azman Julaihi berkata, mayat ditemui pada jarak dua hingga tiga kilometer dari lokasi serpihan helikopter kira-kira 12 tengah hari oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan.

"Operasi juga akan diteruskan selagi keadaan cuaca mengizinkan selain pasukan penyelam turut dihantar bagi mengesan serpihan dan penumpang lain," katanya ketika ditemui Harian Metro di pusat operasi di Jeti Feri Triso, Sebuyau, di sini, hari ini.

"Radius kawasan pencarian kini diperluaskan sehingga 100 kilometer membabitkan pelbagai agensi dan tumpuan diberikan di kawasan hulu sungai.

Sebarang perkembangan mengenai operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya.

Berita berkaitan

Mayat pertama tiba di jeti

Satu mayat ditemui dekat serpihan

Jumpa serpihan helikopter

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 2:43 PM