PEMAIN Switzerland meraikan gol ketika menentang Itali. FOTO Agensi
PEMAIN Switzerland meraikan gol ketika menentang Itali. FOTO Agensi
AFP

Berlin, Jerman: Tonggak tengah Switzerland, Fabian Rieder nyata hilang kata-kata selepas pasukannya mara ke suku akhir Euro 2024 dengan menewaskan juara bertahan Itali.

Pada aksi pusingan 16 terbaik itu, Switzerland menang 2-0 menerusi jaringan Remo Freuler pada minit 37 dan Ruben Vargas di awal babak kedua untuk meranapkan impian skuad Azzuri mempertahankan kejuaraan itu.

"Saya hilang kata-kata, ia adalah perlawanan paling penting dalam karier saya.

"Semua orang bermain untuk satu sama lain, kami bekerja dengan baik ketika bertahan mahupun menyerang. Kami mempunyai pasukan yang sangat hebat.

"Kami mahu menikmati saat ini sekarang, tetapi kami juga perlu bekerja keras untuk perlawanan seterusnya," katanya.

Di suku akhir nanti, Switzerland bakal bertemu pemenang antara England dan Slovakia yang akan turun beraksi tengah malam esok.

"Saya sangat gembira dan hari ini kami menunjukkan permainan yang sangat baik. Kami pamerkan dari minit pertama bahawa kami benar-benar mahu memenangi perlawanan ini.

"Semangatnya luar biasa, semua pemain gembira...semua pemain berlari dan berpeluk kerana kami cukup gembira," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 3:06 AM