Ekhwan Haque Fazlul Haque


Lingga: Mayat seorang lagi mangsa nahas helikopter ditemui pagi tadi oleh pasukan pencari.

Mayat lelaki itu ditemui jam 8.31 pagi di kawasan Sungai Batang Lupar, di sini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, kini operasi membawa mayat ke pusat operasi di Lingga sedang giat dijalankan.

Katanya, mayat berkenaan ditemui pada jarak 10 kilometer dari pusat operasi Lingga.

"Kita akan cuba membawa mayat secepat mungkin untuk dihantar ke hospital," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2016 @ 10:08 AM