ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelemat Sebuyau ketika operasi pencarian. FOTO Khairul Azry Bidin
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelemat Sebuyau ketika operasi pencarian. FOTO Khairul Azry Bidin
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Simunjan: Radius operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter yang terhempas akan difokuskan di sepanjang Sungai Batang Lupar di Kampung Sungai Merah hingga ke Lingga.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisyam Muhammad berkata, ia berdasarkan serpihan dan mayat pertama yang ditemui.

"Berdasarkan penemuan serpihan dan mayat pertama, pasukan pencari akan meneruskan pencarian di Sungai Batang Lupar berhampiran kawasan Kampung Sungai Merah, Sebuyau hingga ke Lingga.

"Bomba percaya helikopter berkenaan kemungkinan berada di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan fokus pencarian akan dijalankan di kawasan berkenaan," katanya dalam sidang media di Pusat Operasi di Jeti Feri Triso, di sini, petang tadi.

Menurutnya, serpihan bahagian ekor dan pelampung yang ditemui akan diserahkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini hanya satu mayat yang ditemui namun operasi SAR masih diteruskan untuk mencari lima lagi penumpang dan serpihan helikopter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2016 @ 4:57 PM