ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat. FOTO ihsan Bomba
Fuad Hadinata Yaacob


Tanjung Karang: Tiga lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Tengi, Tokong Cina, Bagan Pasir, dekat sini kira-kira jam 3 petang tadi.

Mereka dipercayai bertindak demikian berikutan polis membuat pemantauan penagih dadah di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, berdasarkan maklumat saksi, tiga lelaki didapati terjun ke sungai berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.13 petang dan tiba 30 minit kemudian.

"Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

"Sehingga 7.45 petang tadi kami masih belum menemui mangsa sebelum operasi ditangguhkan berikutan hari semakin gelap," katanya.

Menurutnya, operasi akan disambung semula esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 11:38 PM