IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Faliq Lajim


Tanjung Karang: Kelapa sawit bertaburan di jalan selepas lori yang membawa muatan itu terbalik di Jalan Bernam, dekat sini, hari ini.

Kemalangan itu turut membabitkan dua kereta namun hanya pemandu lori cedera manakala pemandu kedua-dua kereta terselamat.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata kemalangan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik di tengah jalan.

"Kami menerima panggilan pada 11.50 pagi. Lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang bergegas ke lokasi untuk memberi bantuan,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku akibat masalah brek lori berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2017 @ 7:39 PM