MANGSA terakhir ditemui di celah pokok bakau. FOTO ihsan Bomba
MANGSA terakhir ditemui di celah pokok bakau. FOTO ihsan Bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob


Tanjung Karang: Mangsa ketujuh yang juga terakhir tragedi bot karam di pantai Bagan Sungai Kajang dekat sini ditemui pada 2.58 petang tadi.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui di pantai tali air 4, Sekinchan.

Katanya, mayat mangsa terakhir itu ditemui terdampar di celah pokok bakau berhampiran pantai.

Penemuan mayat terakhir itu melengkapkan tujuh mayat yang lemas dalam kejadian itu.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang Khamis lalu, bot yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot itu karam selepas dipukul ombak.

Mereka berlepas dari jeti nelayan di Sungai Kajang pada 3 petang untuk mengadakan upacara membuang abu mayat di kawasan perairan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 3:56 PM