FOTO ihsan Bomba
FOTO ihsan Bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Tanjung Karang: Seorang lagi mangsa bot karam ditemui anggota penyelamat pada jam 2.10 petang tadi.

Mangsa M Kunasegaran, 57, ditemui kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Beliau berkata, mayat tiba di jeti pada jam 2.56 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi mencari dua lagi mangsa masih diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2015 @ 4:11 PM