MAYAT mangsa timbul di kawasan tengah terusan berkenaan. FOTO Suzaini Sulaiman
MAYAT mangsa timbul di kawasan tengah terusan berkenaan. FOTO Suzaini Sulaiman
Suzaini Sulaiman


Tanjong Karang: Pelajar dilaporkan hilang selepas mandi di terusan berhampiran Sungai Tengi, di sini, ditemui lemas oleh pasukan pencari, petang tadi.

Mayat Nor Ashraf Niran, 13, ditemui 4.37 petang kira-kira 15 meter dari kunci air di kawasan sungai berkenaan.

Difahamkan, mayat mangsa timbul di kawasan tengah terusan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat.

"Dengan penemuan mangsa terakhir ini, operasi mencari yang membabitkan anggota bomba, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk setempat di kawasan sungai berkenaan ditamatkan," katanya kepada Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 5:23 PM