Pasukan Eropah bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menjuarai Golf Piala Eurasia di Shah Alam hari ini. Foto AFP
Pasukan Eropah bergambar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menjuarai Golf Piala Eurasia di Shah Alam hari ini. Foto AFP
Oleh Saiful Affendy Sapran


Shah Alam: Pasukan Eropah mendominasi hari terakhir saingan Piala EurAsia sebentar tadi apabila menambah 9 1/2 mata menerusi acara perseorangan sekali gus muncul juara edisi kedua saingan berprestij itu dengan menewaskan Pasukan Asia dengan catatan 18 1/2 - 5 1/2 di Glenmarie Golf & Country Club.

Pasukan yang diketuai oleh Darren Clarke itu sebelum ini mendahului hari pertama acara four-ball, Jumaat lalu apabila meraih kemenangan 4 1/2 - 1 1/2 ke atas Pasukan Asia sebelum meneruskan dominasi di hari kedua acara foursome semalam dengan menambah 4 1/2 mata lagi untuk membolehkan mereka meraih keseluruhan 9 mata.

Bagi Pasukan Asia, mereka gagal untuk menyekat kehebatan Pasukan Eropah seperti edisi pertama dua tahun lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi kemenangan selepas seri 10-10.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 3:38 PM