Aksi Danny membuat pukulan bunker lubang kedua di Glenmarie Golf & Country Club. Foto Bernama
Aksi Danny membuat pukulan bunker lubang kedua di Glenmarie Golf & Country Club. Foto Bernama
Oleh Saiful Affendy Sapran


Shah Alam: Pasukan Eropah mengungguli hari pertama saingan golf Piala Eurasia apabila mendahului 4 1/2 - 1 1/2 ke atas Pasukan Asia dalam acara fourballs yang berakhir sebentar tadi di Glenmarie Golf & Country Club.

Menerusi acara berpasukan seperti Piala Ryder itu, Pasukan Eropah memperoleh mata pertama menerusi gandingan Ian Poulter-Bernd Weisberger yang menewaskan gandingan Pasukan Asia Anirban Lahiri-Wang Jeunghun dengan catatan 4&3.

Kemenangan itu memberi suntikan semangat kepada gandingan Pasukan Eropah lain untuk meraih mata.

Pasukan Asia memperoleh mata hasil kemenangan gandingan bintang Thailand Thongchai Jaidee-An Byeong Hun yang menewaskan gandingan Pasukan Eropah Danny Willet-Matthew Fitzpatrick dengan catatan 3&1.

Dua pemain negara Danny Chia-Nicholas Fung turut cemerlang apabila menyumbang 1/2 mata untuk Pasukan Asia selepas seri ketika bertemu Victor Dubuisson-Soren Kjeldsen.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2016 @ 4:14 PM