DANNY (kiri), Nicholas berbincang sebelum membuat hayunan di Glenmarie Golf & Country Club.
DANNY (kiri), Nicholas berbincang sebelum membuat hayunan di Glenmarie Golf & Country Club.
Oleh Saiful Affendy Sapran


Shah Alam: Impian untuk melihat Pasukan Asia bangkit pada hari kedua saingan golf Piala Eurasia tidak menjadi kenyataan selepas Pasukan Eropah masih lagi unggul mendahului 9-3.

Berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Pasukan Eropah yang mendahului Pasukan Asia 4 1/2 - 1 1/2 pada acara four-ball kelmarin, menambah 4 1/2 mata berbanding Asia yang sekadar menambah 1 1/2 mata dalam acara foursome semalam.

Format foursome adalah gandingan dua pemain sepasukan yang melakukan pukulan berganti-ganti dengan menggunakan satu bola.

Ketua Pasukan Eropah Darren Clarke bagaimanapun enggan terlalu yakin pasukannya akan memenangi Piala Eurasia kali ini.

“Di dalam golf, tiada maksud anda semakin hampir untuk menang kerana segala-galanya akan diketahui selepas lubang terakhir hari esok (hari ini).

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 January 2016 @ 5:17 AM