Shah Alam: Dua pemain negara Danny Chia (gambar) dan Nicholas Fung gagal menyinar dalam acara perseorangan pada hari terakhir Piala EurAsia semalam apabila masing-masing gagal menyumbang mata kepada pasukan selepas tewas kepada lawan.

Danny yang turun beraksi lebih awal, tewas kepada pemain Eropah Ian Poulter yang menang 4&3.

Jelas Danny, dia gagal mempamerkan aksi terbaik seperti ketika beraksi dalam acara four-ball dan foursome, terutama ketika melakukan pukulan putt.

“Saya membuat pukulan awal dengan baik, cuma apabila sampai kepada pukulan putt, saya gagal melakukannya dengan baik.

“Mungkin itu menjadi punca kekalahan ini. Secara keseluruhan saya rasa sudah melakukan yang terbaik.

“Apapun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi di sini. Beraksi bersama nama-nama besar sememangnya cukup menarik,” katanya.

Sementara Lee Westwood tidak berdepan masalah untuk menang 7&6 ke atas Nicholas.

“Saya tetap berpuas hati dengan prestasi di sini kerana dapat memberikan mata dalam acara four-ball dan foursome.

“Lebih penting banyak perkara baru yang saya pelajari di sini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2016 @ 5:07 AM