POULTER (kiri) dan Wiesberger pada acara four-ball.
POULTER (kiri) dan Wiesberger pada acara four-ball.
Oleh Saiful Affendy Sapran


Shah Alam: Kehadiran pemain terkemuka nyata memberi kelebihan kepada Pasukan Eropah apabila tidak berdepan masalah mengungguli hari pertama saingan golf Piala Eurasia dengan mendahului Pasukan Asia 4 1/2 - 1 1/2 menerusi acara four-ball, semalam.

Berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Pasukan Eropah memperoleh mata pertama menerusi gandingan pemain berpengalaman Ian Poulter-Bernd Weisberger yang menewaskan pasangan Pasukan Asia Anirban Lahiri-Wang Jeunghun dengan 4&3.

Keputusan itu memberi suntikan semangat kepada barisan pemain Eropah lain untuk terus meraih mata.

Namun Pasukan Asia juga wajar diberi pujian kerana mampu memberikan saingan selepas memperoleh mata hasil kemenangan gandingan bintang Thailand Thongchai Jaidee-An Byeong Hun yang menewaskan gandingan Pasukan Eropah Danny Willet-Matthew Fitzpatrick dengan 3&1.

Lebih mencuri tumpuan kejayaan gandingan negara Danny Chia-Nicholas Fung yang menyumbang 1/2 mata untuk Pasukan Asia selepas seri ketika bertemu VictorDubuisson-Soren Kjeldsen.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 January 2016 @ 5:42 AM