Sekitar majlis pelancaran 12 menu sedia dimakan mampu milik di 7CAFé, Bandar Puteri Puchong - FOTO 7-Eleven
Sekitar majlis pelancaran 12 menu sedia dimakan mampu milik di 7CAFé, Bandar Puteri Puchong - FOTO 7-Eleven
Oleh Nurshafika Suhaimi

Puchong: Kedai serbaneka pilihan ramai, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (SEM) melancarkan 12 menu sedia dimakan terbaharu mampu milik di bawah jenama 7CAFé, pada Selasa lalu.

Tawaran produk ini yang berkualiti tinggi disajikan mengikut selera tempatan ini pasti menggamit memori dalam setiap suapan. 

Antara menu yang ditawarkan termasuk Nasi Goreng Kampung, Nasi Ayam Pad Kra Pao, Nasi Ayam Masam Manis dan Pasta Keju Pedas.

Menariknya, setiap menu yang disajikan ini memberi pelbagai pilihan lazat kepada pelanggan di luar sana dengan harga berpatutan bermula serendah RM5.90.

ImageChef Riza Ismail, peneraju revolusi menu sedia dimakan di 7CAFé - FOTO 7-Eleven

Sebagai ketua yang bertanggungjawab dalam memantau pengeluaran menu harian di 7CAFé, Riza Ismail berkata tawaran 12 menu ini  bukan sahaja mampu milik, malah ianya telah diolah dengan menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi, menepati citarasa tempatan. 

"Pilihan 12 menu ini adalah alternatif yang bagus untuk rakyat Malaysia memandangkan makanan di luar sekarang selalunya berharga lebih daripada RM10.

"Namun, di 7CAFé anda boleh mendapatkan makanan lazat hanya serendah RM5.90 yang pasti berbaloi dinikmati," katanya.Image

Dapatkan semua menu sedia dimakan hari ini di lebih 300 7CAFé oleh 7-Eleven dan rangkaian terpilih seluruh Malaysia.

Untuk nikmati tawaran serta promosi istimewa yang lain, layari laman web 7-Eleven atau ikuti laman sosial media Facebook dan Instagram 7-Eleven.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 5:14 PM