Nurshafika Suhaimi

Dalam kesibukan seharian, ramai dalam kalangan kita merasakan sukar untuk menjalani gaya hidup yang sihat secara konsisten.

Hakikatnya, terdapat banyak cara boleh dilakukan ke arah kehidupan yang lebih sihat walaupun di tengah-tengah kesibukan.

Antaranya adalah dengan memiliki jam pintar terbaru HUAWEI WATCH FIT 3 yang disokong teknologi terkemuka bagi memenuhi sasaran kesihatan harian dengan mudah. 

Reka bentuk Ultra-Slim AMOLED

Dari segi spesifikasi, Huawei Watch Fit 3 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.82 inci dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 77.4 peratus menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk meneroka peranti itu. 

Reka bentuk siri Fit Huawei Watch kali ini telah dikemaskini dengan kerangka segi empat sama dengan sisi yang melengkung yang dilihat berbeza sama sekali dengan generasi sebelum yang menggunakan kerangka segi empat tepat.

Diperbuat daripada kerangka sejenis aloi aluminium untuk menekankan kesan yang kukuh tetapi bergaya, HUAWEI WATCH FIT 3 mempunyai ketebalan 9.99 milimeter (mm) yang lebih nipis daripada generasi sebelumnya.

HUAWEI WATCH FIT 3 kali ini juga lebih ringan iaitu seberat 26g (tanpa tali) yang pastinya memberi keselesaan di sekitar pergelangan tangan kepada pengguna. 

Pengurusan kecergasan sepanjang masa

Image

Sebagai pembantu yang menyokong gaya hidup aktif dan sihat, HUAWEI WATCH FIT 3 mempunyai ciri pemantauan untuk lebih 100 mod sukan dan pilihan latihan kecergasan.

Dikuasai oleh HUAWEI Trusport™, jam tangan pintar HUAWEI WATCH FIT 3 menampilkan lima mod baru iaitu bola sepak, bola keranjang, dayung, e-sukan dan larian.

Terdapat juga ciri HUAWEI TruSeenTM 5.5 terbaharu untuk memantau aktiviti harian seperti bilangan jejak langkah dan sokongan kesihatan seperti pemantauan kadar denyutan jantung, kadar oksigen dalam darah, dan kadar tekanan.

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI juga memperkenalkan ciri kiraan kalori dalam makanan.

Ia berfungsi seperti kalkulator untuk mengira kalori diperlukan setiap hari yang pastinya dapat membantu pengguna dalam menurunkan berat badan sambil mengamalkan corak pemakanan berkhasiat.

Pemakaian jam tangan pintar ini juga mampu membantu pengguna untuk mengamalkan kehidupan sihat dengan algoritma pengiraan yang dinaik taraf.

Ia dapat mengira data aktiviti berdasarkan kiraan langkah, tempoh berdiri, serta penggunaan kalori dari latihan berdasarkan kadar jantung, memastikan pengguna untuk lebih holistik dan konsisten mengesan aktiviti fizikal.

Hasilnya, pengguna akan kekal aktif dengan fungsi peringatan kesihatan ini.

Pengurusan kesihatan komprehensif

Selain itu, HUAWEI WATCH FIT 3 juga dilengkapi ciri HUAWEI TruSleepTM 4.0 yang dapat menjejaki corak tidur, kualiti tidur dan skor tidur pengguna.

Dengan pemantauan ciri tidur yang dinaik taraf ini, pengguna akan menerima analisis tidur terperinci daripada Huawei Health untuk dijadikan rujukan.

Hasilnya, pengguna dapat mengesan keabnormalan semasa tidur yang mempengaruhi kualiti tidur.

Bukan itu sahaja, ciri HUAWEI TruSleepTM 4.0 ini juga dapat memastikan kadar denyutan jantung, oksigen darah, tekanan dalam keadaan baik serta memantau tempoh haid dan tahap kesuburan wanita.

Manakala, sensor pemantauan jantung yang dinaik taraf dengan HUAWEI Truseen™ 5.5 terkini dapat membawa bacaan kardiovaskular yang lebih tepat untuk prestasi latihan analisis.

Dengan ciri hebat ini, sudah pasti ia dapat memantau kesihatan pengguna dengan lebih menyeluruh selain membimbing pengguna ke arah matlamat gaya hidup sihat.

Mudah dalam kehidupan seharian

Image

Selain berfungsi memantau kesihatan harian, HUAWEI WATCH FIT 3 juga menyokong ciri pemberitahuan pintar dari aplikasi seperti WhatsApp.

Bukan itu saja, peranti ini juga menyokong panggilan telefon Bluetooth untuk membolehkan pengguna mengambil panggilan masuk terus daripada jam tangan.

Akhir sekali sokongan NFC diberikan untuk tujuan pembayaran tanpa tunai yang mudah dilakukan namun ianya hanya terhad dalam varian tali nylon berwarna Kelabu dan tali kulit berwarna Putih.

Image

Sebagai pilihan bergaya dalam keluaran ini, HUAWEI WATCH FIT 3 ditawarkan dengan tiga pilihan bahan tali.

Pertama, tali fluoroelastomer dengan pilihan warna Hitam, Putih, Merah Jambu dan Hijau. 

Manakala, pilihan kedua ialah varian tali nylon berwarna Kelabu dan tali kulit berwarna Putih. 

HUAWEI WATCH FIT 3 kini boleh didapati di kedai HUAWEI Experience di seluruh negara, laman web rasmi HUAWEI kedai rasmi Huawei dan kedai utama Huawei di Lazada dan Shopee.

Dapatkan HUAWEI WATCH FIT 3 anda sekarang bermula pada harga RM599 dengan hadiah percuma bernilai RM89.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Jun 2024 @ 5:30 PM