Nurshafika Suhaimi

SEPANG : Program Kesetiaan Perjalanan dan Gaya Hidup Malaysia Airlines, Enrich, melancarkan promosi baru dengan lebih banyak ganjaran termasuk tempahan perjalanan awal untuk 2024.

Ia salah satu usaha berterusan Malaysia Airlines dalam memastikan ahli dapat terus menikmati keistimewaan Enrich.  

Apa yang menarik mengenai Enrich?

Program kesetiaan ini memberikan fleksibiliti kepada ahlinya dengan menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk mata ganjaran Enrich.

Ahli boleh membeli tiket penerbangan dengan Enrich Saver pada kadar tetap terendah menggunakan Enrich Points dan menikmati pilihan penerbangan Malaysia Airlines pada bila-bila masa sepanjang tahun.  

Selain itu, ahli boleh menebus kad hadiah daripada jenama antarabangsa dan rancang percutian impian ke destinasi Malaysia Airlines dengan dengan Enrich GiftCards.

Hanya tebus Enrich Points untuk seberapa banyak kad hadiah yang anda suka daripada pelbagai jenama terkenal dalam talian dan dalam kedai, semuanya tersedia secara eksklusif melalui Enrich.​ 

Image

Bagaimana cara memperoleh Enrich Points?

Tidak hanya terhad kepada penerbangan Malaysia Airlines, ahli boleh memperoleh Enrich Points apabila mereka terbang bersama rakan kongsi yang berdaftar di bawah oneworld Alliance atau Enrich Partner Airlines.

Bukan itu sahaja, anda boleh dapatkan 1,000 bonus Enrich Points apabila memohon kad prabayar VISA EnrichMoney yang pasti akan memberi manfaat besar kepada ahli Enrich.* 

Dikuasakan oleh Merchantrade, EnrichMoney turut hadir dengan aplikasi e-dompet pelbagai mata wang yang akan memudahkan ahli untuk melakukan perjalanan serata dunia selain mendapatkan EnrichMoney Points. 

Melalui tab Travel Exclusives pada aplikasi, pemegang kad juga boleh menempah lawatan serta aktiviti melalui Enrich Xperience, iaitu satu platform tempahan pelancongan dan aktiviti yang dikuasakan oleh Klook. 

Dapatkan satu mata ganjaran untuk setiap RM2 yang dibelanjakan apabila memasukkan ID keahlian semasa daftar keluar. 

Image

Sempena jualan akhir tahun, Enrich menawarkan tiga kali bonus mata ganjaran untuk percutian akhir tahun anda yang akan datang.  

Tempah penginapan hotel pada 17 November hingga 20 Disember 2023 dan dapatkan bonus tiga kali ganda Enrich Points serta peroleh sehingga 15,000 Mata setiap malam untuk setiap tempahan yang ditempah melalui enrichhotels.com

​Ahli juga boleh memperoleh Enrich Points apabila menukar mata ganjaran daripada bank, mata ganjaran petrol dan mata ganjaran runcit atau berbelanja untuk penginapan hotel, aktiviti lawatan, sewa kereta, membeli belah, makan di restoran dan banyak lagi dengan rakan kongsi gaya hidup kami. 

Image

Tidak cukup dengan itu, sempena 12.12, Enrich turut menawarkan penjimatan istimewa 12 peratus diskaun apabila anda menebus Enrich Points untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, sehingga 18 Disember 2023 untuk percutian hujung tahun anda hinggalah ke bulan Mac 2024.  

Jangan lepaskan peluang untuk bercuti ke destinasi domestik dan antarabangsa kegemaran anda dengan penjimatan yang besar. 

Mulakan perjalanan anda dengan kad Enrich Blue dan berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat Enrich Elite seterusnya, iaitu Silver, Gold dan Platinum bagi menikmati lebih banyak faedah perjalanan. 

Ini termasuk akses Kelas Perniagaan, daftar masuk keutamaan, akses kepada tempat duduk pilihan atau pra-tempah, akses ke Malaysia Airlines Golden Lounge, keutamaan menaiki pesawat, penghantaran beg berdaftar keutamaan, elaun bagasi tambahan dan banyak lagi.  

Menariknya, ahli akan diiktiraf di semua syarikat penerbangan oneworld Alliance, dengan pelbagai keistimewaan perjalanan yang diidamkan serata dunia. 

Belum menjadi ahli? Daftar di sini dengan kod promo ENRHMETRO dan mula menikmati pelbagai ganjaran yang menakjubkan.  

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Disember 2023 @ 6:01 PM