Nurshafika Suhaimi

KUALA LUMPUR - Sempena Syawal yang bakal tiba, platform e-dagang, Shopee, lancar pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di Shopee Live untuk memberikan inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli produk lokal.

Bertemakan 'Tarakucha Retro', Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan rakyat Malaysia dengan tiga trend Raya 2024 iaitu Kek Lapis, Jingga Gelap, dan nostalgia dengan 'twist'. 

Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh berkata pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma.

"Fesyen dan kecantikan di Shopee adalah sesuai buat semua dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia beraya, kunjung-mengunjung di hari raya, dan meraikan raya dengan yang tersayang di seluruh negara secara bermaruah.

"Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan, " katanya.

Tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita memperlahankan 'catwalk' model untuk mengajar penonton di seluruh negara bagaimana busana berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama untuk gaya sedondon bersama seluruh keluarga. 

Sepuluh penjual fesyen muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, Mikaseries by Zoey Rahman serta Habib Jewels turut melengkapkan gaya di atas 'runway' dengan menaja barang kemas dan aksesori.

Image#ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita model mempamerkan trend pertama: Kek Lapis - FOTO Shopee

Image #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita model mempamerkan trend kedua: Jingga Gelap. - FOTO Shopee

Image#ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita model mempamerkan trend ketiga: Nostalgia Balik Kampung.-FOTO ShopeeImageDuta Jenama Shopee, Iman Troye menghiburkan penonton- FOTO Shopee 

Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini termasuk Y.O.U, SimplySiti, SilkyGirl, Wardah, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, barenbliss, Alha Alfa, dan AISASEA.

Peragaan itu diketuai oleh Hikma Al Hassan iaitu salah seorang model 'body positive' yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik yang dipilih khas berdasarkan bagaimana rakyat Malaysia membeli-belah baju raya mereka secara dalam talian. 

Gaya pertama yang diperagakan adalah tema Kek Lapis di mana rakyat Malaysia boleh bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur.

Seperti yang dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee kemudian membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna Jingga Gelap pada bulan Raya ini buat lelaki dan wanita yang memiliki apa jua tona warna kulit.

Sementara itu, gaya terakhir, Nostalgia Balik Kampung menyaksikan tapestri gaya tradisional dan retro yang intim dengan setiap rakyat Malaysia. 

Editor Pengurusan NONA, Hijabista, dan Mingguan Wanita, Kiffy Razak sempat memberikan tips penggayaan tentang bagaimana rakyat Malaysia boleh bergaya dengan trend popular ini,

"Anda boleh menggabungkan 'color-blocking' ala kek lapis, warna jingga yang terang namun chic atau nostalgia dalam pemakaian seseorang sambil mengintegrasikan sentuhan glam dan gaya klasik.

"Lebih penting, ia adalah tentang bagaimana anda terjemah dan menggayakan trend ini supaya bersesuaian dengan jiwa dan diri sebenar anda, dan sekaligus menghormati nilai dan tradisi yang dipelihara dalam menyambut hari raya, " katanya.

Sebagai tanda komitmen terhadap kepuasan pelanggan, Shopee menawarkan rangkaian yang pelbagai dan 'wholesome' dalam pilihan fesyen untuk seluruh keluarga.

Dalam pada itu, pereka fesyen terkenal, Dato' Jovian Mandagie yang juga mempunyai kedai Skuad Shopee Celebrity bersetuju dengan sentimen ini.

 "Aidilfitri adalah perayaan yang meraikan kasih dan kemenangan mengharungi Ramadan, sama ada anda berada di kampung atau di bandar.

"Berpakaian secara selesa dan sopan. Elak daripada 'overdressing'. Apabila memilih baju raya, utamakan keselesaan, dan cuma mengikut trend jika ianya bersesuaian dengan personaliti anda," katanya

Tidak ketinggalan Zoey Rahman yang juga merupakan daripada Skuad Shopee Celebrity memberikan pandangan tentang bagaimana untuk bergaya di Raya 2024.

"Saya lebih suka Baju Melayu klasik dengan kolar cekak musang dan butang yang tersorok. Saya akan gayakan dengan sampin instant yang boleh disiapkan dalam masa dua minit untuk melengkapkan gaya. 

"Saya suka idea pakaian ini kerana ianya klasik dan sesuai untuk dipakai pada pagi raya,"katanya.

Kempen Ramadan dan Raya Bersama Shopee akan berlangsung sehingga 11 April 2024. 

Tahun ini, pembeli boleh membeli tanpa risau dengan Shopee, kerana Shopee akan memperkenalkan bermula ciri baharu Change of Mind (Perubahan Fikiran) 15 Hari Pengembalian Percuma.

Bermula 19 Mac 2024, anda boleh memulangkan produk untuk pengembalian wang sepenuhnya (full refund), dalam tempoh 15-Hari Shopee Guarantee.

Layari web mikro Raya Stail Kita di https://shopee.com.my/m/raya-stail-kita dan web mikro Kempen Ramadan Bersama Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale#SLM1 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mac 2024 @ 3:18 PM