Nurshafika Suhaimi

Sudah menjadi kelaziman umat Islam menunaikan rukun Islam keempat iaitu membayar zakat bagi mereka berkemampuan.

Tuntutan kewajipan berzakat dinyatakan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Taubah Ayat 103 yang bermaksud : "Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi tenteram.

Bagaimanapun, segelintir daripada kita hari ini tidak mengendahkan kewajipan ini kerana terlalu sayang dengan harta dimiliki dan menganggap pembaziran kerana tiada sebarang ganjaran. 

Harus diingatkan bahawa harta yang dimiliki akan menyebabkan kesusahan di akhirat kelak.

Malah, yakinlah dengan berzakat tidak akan mengurangkan harta seseorang selain diberi keberkatan dan kesuburan harta pembayar zakat. 

Justeru, Pusat Kutipan Zakat Pahang menyeru masyarakat yang beragama Islam di negeri Pahang untuk segera menunaikan zakat mereka sebelum atau pada 31 Disember untuk menikmati pelbagai tawaran menarik sepanjang Kempen Moh Setel Zakat 2023.

Image

Antara tawaran menarik disediakan adalah termasuk rebat cukai pendapatan 100 peratus sekiranya individu membayar zakat sebelum atau pada 31 Disember ini.

Bukan itu saja, sekiranya tidak wajib lagi untuk menunaikan zakat, boleh juga berwakaf di Wakaf Pahang. Wakaf Pahang turut menawarkan pengecualian 10 peratus cukai pendapatan jika berwakaf. 

Image

Sepanjang Disember ini, 14 cawangan termasuk kaunter UTC dan Unit Kaunter Bergerak (UKB) akan beroperasi tujuh hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali 31 Disember sehingga 6 petang.

Ini bagi memudahkan masyarakat Islam khususnya di Pahang yang ingin membuat bayaran zakat harta melalui kaunter.

Khidmat kaunter juga turut disediakan bagi menyantuni pembayar zakat harta yang ingin membuat taksiran serta bayaran secara langsung melalui kaunter.

Image

Selain pembayaran di kaunter, PKZ Pahang juga menyediakan kaedah pembayaran secara dalam talian melalui pelbagai saluran seperti di bawah:

  1. Gerbang Pembayaran Atas Talian
  2. Rakan Zakat (Perbankan Internet) 
  3. Direct Debit (Potongan zakat berlaku setiap bulan) 
  4. JomPAY
  5. Aplikasi Pahang Go, Shopee, Tulus, GoPayz 
  6. Potongan Zakat Berjadual (PZB) 

Pembayaran secara dalam talian sangat mudah dan selamat serta sesuai bagi mereka yang tiada masa untuk beratur atau pergi berurusan di kaunter zakat.

Image

Menariknya, pembayar zakat boleh mengumpul mata ganjaran Z-Point yang boleh ditebus di kedai ahli Bizzakat terpilih dan ia juga boleh digunakan untuk berwakaf.

Semak dan tebus Z-Point di sini

Tunaikan zakat hari ini untuk membantu asnaf di negeri Pahang dalam melangsungkan kehidupan seharian mereka.

Bagi pembayar zakat, menunaikan zakat turut melayakkan anda menerima potongan cukai pendapatan bagi tahun semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Disember 2023 @ 12:01 PM