BERNAMA

Segamat: Lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kampung Balai Badang, Buloh Kasap, di sini, kira-kira 9 pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat Zuraimi Harun berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai seorang lelaki berusia 66 tahun terjatuh di sungai berkenaan pada 4.47 petang.

"Seramai 14 anggota dengan sebuah jentera, Emergency Medical Rescue Services (EMRS), pacuan empat roda dan bot digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota bertugas dimaklumkan warga emas tersebut dikhuatiri terjatuh dari bot ketika membuat tinjauan di kawasan sungai itu," katanya.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi hingga kini masih membuat peninjauan di sekitar sungai dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 12:44 PM