Anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Segamat mengangkat jenazah Poninan Panijo yang ditemui lemas di Sungai Palong, Kampung Balai   Badang, Segamat disini, pagi ini.
Anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Segamat mengangkat jenazah Poninan Panijo yang ditemui lemas di Sungai Palong, Kampung Balai   Badang, Segamat disini, pagi ini.
Ahmad Ismail


Segamat: Warga emas yang hilang dipercayai terjatuh dari bot Sungai Palong, Kampung Balai Badang di sini dua hari lalu, ditemukan mati lemas di ditemui pagi ini.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak berkata, mayat P Poninan, 66, ditemukan jam 10.20 pagi, kira-kira 500 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui di lokasi hari ini.

Jumaat, lalu, warga emas berkenaan dilaporkan tidak pulang ke rumah jam 4 petang selepas memeriksa bot miliknya di Sungai Palong.

Menurut kenalan, mangsa sempat menghantarkan ikan pulang ke rumah sebelum keluar semula ke pinggir sungai berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 1:23 PM