KEADAAN kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa yang terbabas dan terbalik ke dalam parit di Jalan Kampung Gana, Kota Marudu. FOTO Ihsan Polis
KEADAAN kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa yang terbabas dan terbalik ke dalam parit di Jalan Kampung Gana, Kota Marudu. FOTO Ihsan Polis
Juwan Riduan


Kota Marudu: Dua wanita bersaudara maut manakala tiga parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar tebing bukit lalu terbalik di Jalan Kampung Gana, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, mangsa Somineh Engkagang, 17 dan Doyut Nanu, 58, parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga lagi yang parah termasuk pemandu masing-masing berusia 65, 85, 27 tahun dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, kesemua mangsa yang mempunyai hubungan kekeluargaan menaiki Toyota SR dari arah pekan Kota Marudu menghala ke Kampung Gana.

"Ketika melalui satu selekoh dan menuruni bukit, kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar tebing bukit dan terbalik ke dalam parit.

"Susulan itu, dua penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi termasuk pemandu parah dan dibawa ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zairolnizal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2024 @ 10:50 PM