Tangkap layar video kekecohan yang tercetus antara anggota penguatkuasa MDS dengan kumpulan penjaja di Semporna.
Tangkap layar video kekecohan yang tercetus antara anggota penguatkuasa MDS dengan kumpulan penjaja di Semporna.
Abdul Rahemang Taiming


Semporna: Polis mengesahkan rakaman video kekecohan membabitkan sekumpulan penjaja dengan anggota penguatkuasa Majlis Daerah Semporna (MDS) yang tular adalah kes lama.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku semasa anggota penguatkuasa terbabit menjalankan tugas di Lorong Chan Chuan Kee, kira-kira jam 9.45 pagi, pada 23 Mac tahun lalu.

Menurutnya, anggota penguatkuasa MDS merampas barangan jualan penjaja di kaki lima tersebut selepas memberi teguran berkenaan kesalahan yang dilakukan namun tidak diendahkan.

"Semasa rampasan dibuat, berlaku provokasi dari beberapa orang penjaja sehingga tercetus kekecohan sebelum tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan dan seorang pemegang pas pelarian (IMM13) dilakukan.

"Kertas siasatan dibuka dan kedua-dua suspek dituduh di bawah seksyen 8(1)(c) Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah (OKKNS)," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun gagal hadir di Mahkamah Majistret Semporna pada tarikh pertuduhan yang ditetapkan iaitu pada 11 Mei 2022 dan sapina ke atas mereka juga gagal disempurnakan.

Terdahulu, tular di media sosial Instagram video kejadian kekecohan yang tercetus antara anggota penguatkuasa MDS dengan sekumpulan penjaja.

Rakaman berdurasi satu minit dan sebelas saat itu memaparkan sebilangan peniaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka.

-ends/

Caption :

SEMPORNA 18 SEPTEMBER 2023. Tangkap layar video kekecohan yang tercetus antara anggota penguatkuasa Majlis Daerah Tawau dengan kumpulan penjaja di Semporna. Nstp / tular

From: Ar

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2023 @ 5:21 PM