RESTORAN yang menambah binaan bumbung kekal sehingga ke lot parkir yang dirobohkan MPS. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
RESTORAN yang menambah binaan bumbung kekal sehingga ke lot parkir yang dirobohkan MPS. FOTO Rizanizam Abdul Hamid
GERAI makanan tanpa lesen diroboh dan disita. FOTO Rizanizam Abdul Hamid

Rizanizam Abdul Hamid

Rawang: Kira-kira 20 penjaja makanan tanpa lesen di Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri di sini mencetuskan kekecohan apabila gerai makanan mereka diroboh dan disita Majlis Perbandaran Selayang dalam satu operasi di sini, hari ini.

Perang mulut antara kumpulan penjaja dan anggota penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tercetus apabila mereka mempertikaikan keputusan MPS yang didakwa hanya merobohkan gerai di tapak pasar tani dan mendesak seluruh peniaga makan di kawasan itu yang melanggar undang-undang PBT turut dikenakan tindakan sama.

Pegawai Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil Megat Ainul Fadzil berkata, susulan itu, MPS juga bertindak meroboh dan menyita dua khemah binaan kekal restoran berhampiran yang dibina di atas tujuh lot parkir.

"Berlaku sedikit kekecohan antara dua kumpulan peniaga berkenaan namun situasi itu dapat dikawal dan mereka memberikan kerjasama ketika kerja-kerja meroboh dilakukan.

"Tindakan terhadap semua peniaga pada Ops Ingkar ini dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MPS 2007," katanya yang mengetuai operasi berkenaan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 2:32 PM